Sulit
3 tahun
Gigi masih sakit seteleh 4 hari di cabut dan ada putih kekuningan di bahagian lubang gigi yang dicabut. normal ke masih sakit di bahagian yang di cabut setelah beberapa hari cabut gigi?
Hi dr, gigi saya masih sakit setelah 4 hari di cabut. and saya tengok gigi saya ada mcm putih kekuningan kat tempat yang dicabut tu. normal ke masih terasa sakit selepas beberapa hari cabut gigi? saya risau akan menjadi dry socket, tapi takda simptom yang ianya dry socket sebab lubang cabutan tu ada putih2 kekuningan, apa ya itu doc? saya makan ubat tahan sakit je utk reda kan rasa sakit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit gigi anda. Antaranya adalah:
- Luka yang tidak sembuh
- Jangkitan pada luka
- Jangkitan pada gigi sihat yang lain (gingivitis)
Untuk masalah lubang cabutan gigi anda terdapat putih kekuningan, perkara ini adalah normal kerana ia menandakan proses penyembuhan pada lubang tersebut dimana sel-sel darah putih dan sel platelet akan berkumpul untuk melancarkan proses penyembuhan tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.