Sulit
3 tahun
Gigi ngilu selepas ditampal
2 bulan lepas saya ade buang tampalan sementara dan tampal dgn tampalan kekal, tapi bila saya makan bnde sejuk atau panas, gigi saya rasa ngilu dan kadangkala sakit gigi
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan gigi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tampalan gigi tercabut
- Nanah/ abses
- jangkitan kuman
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.