
Sulit
4 tahun
Gusi bengkak dan bernanah dan bolehkah saya mengambil ubag di farmasi
Gusi saya bengkak dan bernanah.saya tak dapat buat appointment di klinik kerajaan sbb fully booked.macam mana saya nak rawat gusi bernanah ni…bolehkah saya membeli ubat di farmasi sahaja utk hentikan nanah?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kriteria kecemasan yang boleh dilaporkan pada klinik kerajaan agar keluhan anda boleh ditindaki segera. Untuk itu anda boleh cuba menghubungi kembali klinik tersebut atau hospital di kawasan anda dalam waktu yang terdekat.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Gusi yang bertukar warna, bengkak atau bernanah perlu dinilai oleh doktor gigi dalam waktu yang terdekat kerana dikuatiri boleh menjadi tanda-tanda seperti:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi rongga mukosa
- komplikasi jangkitan rongga mulut
Ubat-ubatan yang boleh didapatkan di farmasi hanya sekadar ubat untuk menurunkan rasa sakit, walau bagaimanapun ubat-ubatan seperti antibiotik untuk melawan jangkitan kuman perlu mendapatkan preskripsi dari doktor.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di doktor gigi yang terdekat. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).