
Sulit
4 tahun
Hamil 6 minggu tapi bila scan tak nampak apa-apa
Saya dah berkahwin dan berumur 26 tahun. Saya ingin bertanya, pada usia kandungan berapa minggu baru boleh nampak janin bila scan?kerana saya skrg sedang hamil 6 minggu dan bila scan tak nampak apa-apa. Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, maklumat yang diberikan adalah terlalu terhad untuk kesimpulan dibuat. Kami perlukan maklumat tambahan dan lakukan pemeriksaan keatas diri anda bagi mengetahui keadaan sebenar.
Untuk makluman anda, kebiasaannya ujian ultrasound boleh dilakukan selepas 6 minggu kehamilan berlaku. Pada waktu ini kantung akan lebih jelas dilihat dan dinilai. Kadang kala ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melihat janin didalam perut. Oleh itu, saya menyarankan puan dan suami untuk pergi mendapatkan bantuan yang lebih komprehensif di klinik atau hospital yang bedekatan untuk dapatkan kepastian yang lebih terperinci. Dapatkan kepastian mengenai perkara ini daripada doktor yang merawat anda.
Walau bagaimanapun, puan juga disarankan untuk perbanyakkan berehat, kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak, jangan lupa makan dan minum dan sentiasa berfikiran positif.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.