
Sulit
4 tahun
Hamil selepas berpantang
Salam dr. Saya wanita berumur 26 tahun, saya baru lepas melahirkan baby secara czer. 3 bulan selepas itu saya tidak datang haid, dan saya check upt dan hasil nya positive. Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang tidak datang setelah melahirkan bayi melalui pembedahan Caesarian section.
Untuk maklumat anda, ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) anda yang mempunyai keputusan positif adalah disebabkan oleh sisa kandungan hormon HCG iaitu sejenis hormon kehamilan yang masih mengalir dalam darah akibat kehamilan yang lepas. Namun, selalunya hormon HCG ini akan positif dalam UPT hanya selama 4-6 minggu.
Oleh itu, ujian UPT anda mungkin tidak berkait dengan kehamilan lepas, malah ia boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Terdapat sisa plasenta yang tertinggal dalam rahim selepas kelahiran bayi. Perkara ini adalah bahaya kerana ia boleh menyebabkan keradangan pada ruangan pelvis, serta pendarahan yang tidak diingini, terutamanya ketika kelahiran.
- Kehamilan ektopik (tidak berlaku sekiranya anda tidak merancang kehamilan atau tidak melakukan hubungan seks)
- Positif palsu (False negative) yang boleh disebabkan oleh alat upt yang tamat tempoh, penggunaan UPT yang salah, dan lain-lain.
- Masalah pituitari yang boleh menyebabkan rembesan HCG yang tidak terkawal. (hormon HCG juga boleh dirembeskan oleh kelenjar pituitari)
- Gestational trophoblastic disease seperti kehamilan molar. Ia merupakan kehamilan yang mempunyai penumbuhan uri yang abnormal
- Ketumbuhan trophoblastic yang terdapat pada rahim.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Mengenai haid yang tidak datang, ia juga mungkin berkait dengan keputusan UPT anda dan menunjukkan kehamilan yang tidak diinginkan. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lain seperti:
- Penggunaan pil perancang
- Masalah nutrisi
- Ketidakseimbangan hormon
- Berat badan terlalu ringan atau terlalu berat
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan stress atau masalah mental
- Kehamilan, atau kehamilan ektopik
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom kehamilan seperti muntah, loya, sakit payudara, pembesaran perut dan juga kemualan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.