
Izzati
6 tahun
Hilangkan ketuat dengan mengorek dengan pengetip kuku
Doktor kwn sye die pernah kena ketuat ni pastu die selalu mengorek-ngorek ketuat tu sehingga hilng menggunakan pengetip kuku tkpe ke kalau cmtu doctor?

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Ketuat adalah disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai “human papilloma virus” yang menjangkiti lapisan luar kulit seseorang. Ketuat lebih cenderung untuk terbentuk pada kulit yang pecah seperti kulit yang terluka ketika memotong kuku atau kawasan yang terluka ketika mencukur kerana virus itu mampu menjangkiti lapisan luar kulit.
Seseorang boleh mendapat ketuat daripada bersentuhan dengan permukaan yang telah disentuh oleh ketuat seseorang yang dijangkiti atau setelah bersentuhan dengan kelupas kulit seseorang yang dijangkiti contohnya di kawasan sekitar kolam renang atau di dalam bilik mandi. Oleh sebab ketuat senang berjangkit, ketuat tidak patut dikorek dengan pengetip kuku atau dicalar. Sekiranya berbuat begitu, ia boleh meningkatkan risiko ketuat merebak ke bahagian lain pada badan.
Ketuat sebenarnya boleh hapus sendiri tanpa meninggalkan parut tetapi ia mungkin mengambil masa yang lama berbulan-bulan sehingga 2 tahun. Terdapat sesetengah ketuat yang sukar dirawat dan kadang-kadang walaupun berjaya dirawat, ketuat berisiko berulang lagi. Ketuat boleh dirawat menggunakan ubat topikal seperti asid salisilik. Ketuat juga boleh dirawat dengan “cryotherapy” iaitu pembekuan ketuat menggunakan cecair nitrogen. Rawatan-rawatan lain termasuk gultaraldehyde, nitrate perak, asid trichloroacetic, gel formaldehyde, podophyllotoxin, dithranol dan suntikan bleomycin. Pembedahan boleh dipertimbangkan jika rawatan menggunakan ubat tidak berjaya merawat ketuat. .

6 tahun
Ketuat berpeluang merebak kepada orang lain tetapi risiko adalah kecil. Ketuat plantar boleh tersebar jika disentuh, tercalar atau dipicit. Oleh itu, anda tidak disarankan mengorek atau memotong ketuat tersebut menggunakan penyepit kuku. Kebanyakan ketuat boleh sembuh sendiri, dan selalunya akan hilang selepas berbulan atau setahun. Anda tidak perlu mendapatkan rawatan sekiranya ketuat tersebut tidak menganggu anda.
Anda juga boleh menggunakan ubat OTC (gel, losyen, krim) yang mengandungi asid salicylic yang berfungsi dengan mengelupas kulit. Sekiranya anda bimbang dengan pertumbuhan ketuat itu, anda boleh berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan. Prosedur yang boleh dicadangkan oleh doktor anda ialah membekukan ketuat dengan nitrogen cecair, mengeluarkannya dengan pembedahan laser atau menyuntik ubat-ubatan untuk menguatkan sistem imun anda untuk membersihkan badan anda dari virus tersebut.
Anda perlu mendapatkan nasihat segera daripada doktor sekiranya anda mendapati perubahan yang tidak normal dalam ketuat anda seperti pendarahan atau sakit. Sila rujuk doktor kulit anda jika ketuat itu mengganggu aktiviti harian anda, atau tidak pulih selepas rawatan.