
Sulit
4 tahun
Ingin bertanya mengenai kandungan asid folic yang diambil ketika hamil
Saya nak tanya mengenai asid folic. Saya disah kan hamil dan telah mengambil pil asid folic 400gm sehari sekali. Kemudian saya amalkan jus mamariam yang dalam kandungan jus itu juga mengandungi asid fOlic. SOalan saya tidak mengapakah saya ambil pil asid fOlic dan jus tu sekali ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pengambilan asid folik untuk ibu mengandung ialah 400-600 microgram. Kesan sampingan pengambilan asid folik yang tinggi adalah seperti:
- Mual
- Perut kembung
- Perut berangin
- Insomnia
Oleh itu,anda digalakkan untuk mengambil pil asid folik sahaja kerana kandungan asid folik dalam produk yang anda nyatakan tidak diketahui jumlahnya. Anda juga boleh mendapat asid folik daripada makanan seperti sayuran hijau, kacang dan kekacang serta buah-buahan seperti pisang. Anda harus bertanyakan doktor anda tentang supplemen ini pada pemeriksaan antenatal yang seterusnya. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.