
Anonymous
5 tahun
Jantung bayi dalam kandungan besar, uri besar, umbilical cord bengkak
Saya wanita 31 tahun sedang mengandung 26 minggu baru melakukan detail scan di private clinic dan repeat detail scan di hospital kerajaan. Saiz baby kecil 2-3minggu dari usia kandungan, saiz jantung yang besar, uri besar dan tali pusat bengkak sprti apa yang doktor beritahu. Adakah ianya risiko dan tipis untuk bayi hidup?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Setiap kandungan mempunyai risiko tersendiri. Sukar untuk dijelaskan kondisi ini tanpa maklumat dan gambaran scan yang lebih detail. Sebaiknya puan berbincang dengan doktor anda tentang status janin yang dikandung.
Sekiranya terjadi kejadian seperti disenaraikan dibawah, puan dinasihatkan untuk segera ke unit emergensi hospital atau bertemu dengan doktor anda, yaitu:
- pergerakan janin berkurang
- warna air ketuban kecoklatan atau kehijauan
- degup jantung janin berkurang
- mual, muntah
- demam
- perdarahan
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Photo by Chema Photo