
Sulit
4 tahun
Kehamilan kembar 8 minggu dengan salah satu kantung kosong
Saya wanita 32 tahun, hamil anak keempat…kembar 8 minggu tetapi salah satu kantung kelihatan kosong semasa scan…sy risau…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keteranga anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai kehilangan salah satu janin di dalam kantung ketika melakukan pengimbas ultrasound. Untuk makluman anda, kemungkinan pengimbasan anda ketika itu tidak jelas dilihat dan perlu dilakukan semula sekali lagi kerana kehamilan anda masih berada dalam fasa yang awal iaitu trimester yang pertama.
Namun, masalah kembar janin yang hilang salah satunya boleh juga disebabkan oleh kondisi yang diketahui kini iaitu:
- Vanishing Twin Syndrome. Ini merupakan suatu sindrom dimana salah satu janin kembar hilang kerana diserap oleh janin yang sihat kerana mempunyai genetik yang tidak sihat. Ia juga boleh diserap oleh uri rahim.
- Twin-twin Transfusion syndrome. Ia merupakan satu penyakit dimana janin kembar seiras tidak mendapat bekalan darah yang sekata dan boleh menyebabkan salah satu janin tersebut gugur kerana bekalan darah telah di ambil oleh janin yang sihat. Janin yang gugur tersebut juga kemudian akan diserap oleh janin yang sihat.
Informasti mengenai gejala kembar janin yang hilang masih lagi tidak mendalam dan perlu dikaji dengan lebih lanjut oleh pakar-pakar perubatan pada hari ni. Kami sarankan anda tidak serabut dengan perkara ini terlebih dahulu dan melakukan pengimbasan ultrasound sekali lagi.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.