
Sulit
4 tahun
Keluar Darah Seperti Haid ketika hamil
Saya wanita berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Hari pertama tarikh period terakhir saya adalah pada 19/11/2020 dan sehingga sekarang saya masih belum datang bulan. Saya telah mencuba pregnancy test sebanyak dua kali dan keputusannya adalah positif. Sepanjang tempoh ketiadaan datang bulan, saya mengalami simptom sakit pada payu dara, cirit birit, mual dan sakit perut. Pada hari ini, saya mengalami pendarahan yang sedikit seperti haid. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Untuk makluman anda, pendarahan ringan ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Secara umum spotting boleh berlaku disebabkan oleh :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Antara tanda awal kehamilan ialah:
- lewat datang haid
- sakit pada pinggang
- kerap kencing
- sakit pada buah dada
- tinggi selera makan
Anda boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut. https://www.doctoroncall.com.my/soalan/signs-of-pregnancy-tanda-hamil
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!