
Sulit
4 tahun
Kesakitan selepas cabut gigi selama 3 hari
3 hari lepas saya cabut gigi…kemudian masih lagi keadaan sakit selama 3 hari…untuk menahan sakit saya makan ubt tahan sakit…di tempat lubang cabut gigi saya dapati ada benda kuning yg lembik…adakah itu normal? Atau itu nanah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kekuningan yang terdapat di dalam lubang gusi yang giginya telah dicabut. Untuk makluman anda, perkara ini hanya adalah perkara yang normal kerana ia menandakan proses penyembuhan pada lubang tersebut dimana sel-sel darah putih dan sel platelet akan berkumpul untuk melancarkan proses penyembuhan tersebut.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Namun, kami sarankan anda menjaga kebersihan gigi dan mulut anda sepanjang proses penyembuhan itu berlaku dan juga mengelakkan bahan makanan yang boleh merosakkan gigi seperti makanan di proses serta elakkan merokok bagi menjaga kesihatan gigi dan gusi anda serta mengelakkan daripada jangkita kuman.
Mengenai sakit gigi yang anda alami, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan ubat yang lebih sesuai bagi melegakan rasa sakit tersebut. Rasa sakit itu mungkin berpunca daripada saraf enamen gigi yang belum pulih dan masih aktif.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.