Anonymous
5 tahun
Kesan pengambilan dan meninggalkan postinor
Assalamualaikom dr…maaf meganggu…
Boleh doktor terangkan tak…
Kesan postinor …
Begini…
Isteri saya rasa badannya naik,
Adakah sbb terlalu kerap ambil postinor …atau sebab tinggalkan ambil ubat tu kesannya membuat badan naik…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah isteri anda.
Untuk pengetahuan anda, anda kesan sampingan postinor yang biasa ditemui adalah
- keletihan
- mual dan muntah
- sakit perut
- cirit-birit
- pening kepala
- sakit kepala
- payudara lembut
- pendarahan faraj meningkat
- tindak balas kulit.
Untuk makluman anda, postinor tidak berfungsi sebagai kaedah kontrasepsi biasa (Pil perancang, IUD, suntikan hormon) dan ia hanya digalakkan untuk diambil waktu kecemasan. sepatutnya tidak boleh diambil lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid.
Untuk mendapatkan maklumat dan pengesahan yang selanjutnya mengenai pil postinor, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.