Anonymous
4 tahun
Masalah buang air besar
Saya wanita berusia 19 tahun. Setakat harini, dah 4 kali saya mengalami maslah buang air besar. Najis yang keluar terdapat cecair kuning seperti nanah yg byk dan ada masanya keluar darah dlm kuantiti yang sedikit. Apakah sebab dan cara nak handle? Terima kasih kerana sudi menjawab.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya pendarahan semasa buang air besar, antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Anda adalah amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengetahui punca yang sebenarnya supaya rawatan boleh diberikan untuk memastikan pemulihan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.