
Sulit
5 tahun
Masalah jeragat di pipi dan hidung
saya wanita berumur 23 tahun…ada masalah jeragat @tompok2 warna coklat perang…adakah melashine cream boleh hilangkan masalah jeragat di muka saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sebarang penggunaan produk pencuci atau produk kosmetik perlu diperiksa status kelulusan oleh Kementerian Kesihatan atau badan berwajib bagi memastikan keselamatan pengguna. Tidak diketahui sekiranya produk Melashine Cream selamat mahupun berkesan untuk anda hal ini kerana kulit setiap orang berbeza dan tidak diketahui sekianya anda mempunyai alahan terhadap bahan tersebut. Sekiranya anda berasa risau akan masalah kulit anda, anda boleh dapatkan nasihat dari pakar kulit ataupun anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.