
Sulit
4 tahun
Memicit bisul sebelum masak kerana menyangka hanya nanah biasa
Ini kali petama saya berlaku bisul.Saya ada tiga soalan Yg nak ditanya.Saya hanya nak tahu kesan jika bisul ini dibiar Dan tidak dirawat.Soalan kedua adalah macam mana nak tahu bisul telah habis dipicit keluar.Soalan terakhir adalah apa Yang terjadi jika memicit bisul Yang Belum masak

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah bisul yang dihadapi.
Jika bisul dibiarkan dan tak dirawat, boleh menyebabkan parut dan bakteria merebak kepada kawasan kulit yang lain. Memicit bisul boleh menyebabkan luka yang terbuka yang membolehkan bakteria memasuki darah anda dan menyebabkan komplikasi bacteremia. Memicit bisul sama ada sudah masak ataupun belum meningkatkan risiko untuk parut.
Antara rawatan bisul di rumah adalah:
- Sapukan kompres panas dan rendamkan bisul
- Apabila bisul mula mengalir, basuh dengan sabun antibakteria sehingga semua nanah hilang dan bersihkan tangan dengan menggosok alkohol.
- Sapukan salap ubat (antibiotik topikal) dan balut bisul tersebut.
- Jangan memicit atau mencalar bisu
- Basuh kawasan bisul dengan sabun dan air dua kali sehari
- Pastikan menggunakan haba selama 3 hari selepas bisul dibuka
- Jika cecair bisul mengalir keluar dengan sendiri, biarkan ia mengalir keluar. Pastikan kawasan tersebut dibersihkan dua kali sehari dengan sabun dan air.
- Untuk membantu mencegah jangkitan dari merebak, jangan berkongsi tuala dan kain lap dengan orang lain.
Memandangkan anda telah pun memicit bisul tersebut, anda disarankan untuk memastikan bisul tersebut bersih daripada kotoran. Jika terdapat gejala sakit, anda boleh mengambil ubat tahan sakit.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.