
Sulit
3 tahun
Pening selepas rawatan gigi
Saya wanita berumur 27 thn. Sudah berkahwin. Beberapa hari yang lalu saya telah mendapatkan rawatan gigi geraham (tampalan) di klinik pergigian. Semenjak itu saya sering merasa sakit pada gigi berkenaan ketika makan makanan panas atau sejuk. Sakit itu juga berpanjangan sehingga mengakibatkan saya berasa pening yang melampau. Setiap malam saya telan panadol actifast bagi meredakan sakit dan tidur. Apakah rawatan yang saya perlu dapatkan dan bolehkah panadol menghilangkan rasa sakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham anda mengalami sakit pada gigi yang berpanjangan sehingga menyebabkan pening kepala, setelah anda mendapatkan rawatan gigi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kesakitan yang selepas menjalani rawatan gigi umumnya boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari proses ekstraksi, jahitan gusi atau tusukan bius. Keadaan ini lazimnya hilang setelah beberapa jam hingga hari bergantung pada tiap individu. Anda boleh kembali ke pusat rawatan gigi anda sekiranya kehabisan ubat tahan sakit.
Namun, ia juga boleh berpunca oleh perkara yang lebih serius, seperti:
- jangkitan kuman pada kawasan gigi yang dirawat
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan susulan.
Jika anda memerlukan info lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.