
Sulit
4 tahun
Rasa ngilu pada gusi
Assalammualaikum doktor,saya mengalami sakit ngilu yang sangat teruk sehinggakan saya tidak tahu puncanya dari gigi ataupun gusi.2minggu lepas,gigi geraham pertama saya(bahagian bawah)telah reput sedikit dan patah dengan sendirinya.Ianya telah menyebabkan gigi saya mempunyai lubang dan sejak dari itu,gigi saya berasa sangat sakit.Sakit ngilu yang berlarutan sehingga beberapa hari,akan tetapi sakit tersebut ada kalanya hilang dan adakalanya datang.Setelah saya check sendiri,pada mulanya terdapat kesan seperti sedikit darah beku pada gusi yang terdedah(akibat gigi patah sedikit),kemudian apabila saya cucuk menggunakan cungkil gigi,ianya berdarah dan saya mendapati kesan tersebut tiada lagi.Akan tetapi sakitnya masih ada.Apakah agaknya punca yang mengakibatkan perkara ini berlaku?saya bukanlah penggemar makanan yang manis tapi saya gemar untuk mengunyah ais tidak kira masa.Adakah itu boleh menyebabkan gigi mereput dan ngilu yang melampau pada gusi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi masalah berkaitan gigi, ia adalah diluar bidang kepakaran kami. Sila rujuk kepada doktor gigi untuk penerangan berkenaan dengan masalah anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.