
Sulit
5 tahun
Rasa ngilu selepas 4 hari cabut gigi bongsu
salam sejahtera doktor. saya wanita berusia 36 thn. sy baru shj menjalani prosedur mencabut gigi bongsu bhgn atas sblh kiri. skrg masuk hari yg ke 4. mslh skrg apabila sy minum air sejuk sekitar gigi yg tlh dicabut terasa ngilu sgt. kenapa kah mslh ini berlaku? terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, hal ini kerana cabutan gigi tersebut akan menyebabkan kecederaan di sekitar gusi tersebut. Oleh itu, badan kita akan menghasilkan fenomena inflammasi iaitu proses untuk memulih kawasan tersebut. Ianya akan menyebabkan bengkak, kemerahan, sakit/ngilu dan peningkatan suhu di kawasan tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.