
Sulit
4 tahun
Ruam & biji kecil di muka
Saya tak pasti saya alergi pada makanan atau sabun muka , tapi lepas makan jagung bakar ditepi jalan . Muka saya naik gatal gatal dan biji kecil yg kesat di sesetengah tempat . Rasa panas ditempat gatal dan ada di seluruh muka kecuali dahi hidung . Teruk dibahagian kedua belah pipi dan dagu . Dah 2hari saya makan ubat tahan gatal dan ruam dan gatal ni makin merebak dan tidak surut .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bintik-bintik merah di muka boleh disebabkan oleh:
- alahan
- dermatitis kontak iritasi
- rosacea
- facial erythema
- cutaneous lupus eretemotous
- tanda tanda awal ruam
- gangguan akibat kulit berpeluh
- folliculitis
- tanda-tanda awal panau
- atau gangguan kulit yang lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.