
Sulit
4 tahun
Sering tergigit dinding pipi dan ulser
saya seorang remaja berumur 17 tahun dan saya sering tergigit dinding pipi sehingga berdara.Boleh dikatakan setiap bulan,pipi saya akan berdarah dan saya juga mempunyai ulser di gusi yang tidak pernah sembuh lebih daripada 5 bulan

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sering tergigit pipi adalah masalah teknikal kerana secara anatominya, gigi kita sememangnya akan berfungsi untuk mengunyah makanan tanpa tergigit permukaan lain seperti pipi. Anda disarankan untuk makan dengan kadar yang lebih perlahan-lahan untuk mengelakkan perkara ini berulang. Malah, apabila anda makan dengan kadar yang perlahan dan mengunyah dengan lebih banyak, makanan akan mudah dihadam dan ianya bagus untuk kesihatan perut anda. Ulser di gusi selalunya mengambil masa 5 hari ke 2 minggu untuk sembuh dan jika ianya berlarutan, berkemungkinan yang ianya boleh disebabkan oleh masalah lain seperti jangkitan, keradangan, kecederaan berulang di tempat yang sama dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.