
Sulit
5 tahun
Simptom first trimester hamil
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor. Saya wanita berusia 29 tahun dan sedang hamil 6 minggu mengikut kiraan. Saya belum lagi membuat temujanji dengan doktor untuk scan. Saya ingin bertanya, normal ke seorang wanita yang hamil tidak mempunyai simptom sembelit dan boleh membuang seperti biasa? Kemudian saya tiada rasa cramp atau pun sakit di bahagian abdomen/perut waktu sekarang ni. Saya cuma rasa seperti biasa je di bahagian perut. Adakah normal dengan apa yang saya alami sekarang ni ketika hamil? Ataupun setiap orang simptom akan jadi berlainan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak mempunyai sebarang gejala sembelit ataupun sakit perut adalah petanda bahawa kehamilan anda tidak bermasalah dan normal seperti 20 tanda kehamilan awal ini. Namun, kesimpulan awal ini hanyalah berdasarkan ketiadaan gejala tersebut. Kehamilan anda tetap harus diperiksa dan dilakukan scan untuk mengetahui lanjut kondisi bayi.
Sembelit dan sukar membuang adalah akibat kurangnya makanan berserat dan cairan. Selain itu, kemungkinan buruk sekiranya terjadi cramp atau sakit perut semasa kehamilan adalah keguguran. Justeru, sembelit dan sakit perut bukanlah petanda kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.