
Sulit
3 tahun
Tangan kiri sakit dan bisa
Tangan kiri sakit dan bisa ,jari telunjuk kebas dan mula kurang keupayaan berfungsi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf seperti carpal tunnel syndrome
- Kecederaan pada tangan
- Diabetic neuropathy
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut mengenai mengapa anda mengalami gejala sedemikian perlu diketahui dengan lebih lanjutl. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan ia mengganggu fungsi tangan anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.