
Anonymous
4 tahun
Tangan sering berasa kebas dan kerap berdebar
Saya wanita berusia 27 tahun, sejak 2minggu ni saya sering berasa kebas di tangan, terutamanya di sekitar tapak tangan dan jari. Saya juga kerap berdebar tanpa sebab.
Doktor, boleh ke saya tahu punca dan adakah ni tanda awal penyakit jantung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah thyroid (hyperthyroidism)
- masalah jantung
- masalah saraf
Serangan jantung lazimnya mempunyai simptom sakit dada kiri yang pergi ke tangan kiri dan rahang kiri beserta dengna sesak nafas ataupun kurang tenaga berbanding sebelum episod serangan jantung.
Oleh kerana penyebabnya adalah agak am, kami memerlukan lebih maklumat dari anda untuk memastikan penyebab sebenarnya dengan lebih tepat. Oleh yang demikian, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.