Sulit
5 tahun
Tentang period atau tidak
Saya wanita dalam 26thun…saya nak tanya dan kepastian utk sya thu?anak saya sudah 1 thun 1bulan dan saya mengambil injection depo tpi sekarang saya pelik ad kliar darah sikit?adakah saya period.?bkn sptutnya tak period
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pendarahan yang sedikit ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Terdapat pelbagai penyebab masalah ini boleh berlaku, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan. Anda disarankan untuk merujuk ke doktor bagi memastikan kesan sampingan berlaku tidak disebabkan oleh penyakit lain.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























