
Sulit
4 tahun
Terkena sengat Lebah
Salam Sejahtera…
Sekarang saya mengandung 3 bulan++…pagi tadi saya terkena sengat lebah…adakah bahaya untuk kandungan saya? Apa yg patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sengat lebah.
Untuk makluman anda, reaksi tubuh seseorang apabila dsengat lebah adalah berbeza. Secara umumnya, sekiranya seseorang tidak mempunyai alahan kepada sengat ini, individu tersebut tidak perlu terlalu risau kerana badan boleh menyerang toksin yang dihasilkan oleh sengat itu.
Namun ada juga individu yang akan mengalami gejala:
- Muntah
- Demam
- Bengkak yang tidak surut
- Muntah
Gejala ini dipanggil anapylactic shock dan sekiranya anda menghadapi gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor. Saya faham anda risau tentang kehamilan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan penjelasan lanjut daripada doktor.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.