
Sulit
3 tahun
Ubat pecah darah @ lewat haid
Saya xde datang Bulan lepas melahirkan…ank saya dah umur 1 tahun…
Saya Rasa Ada ketulan Di perut adakah saya Hamil…saya Ada amalkan jamu traditional n makan ubat lewat haid …adakah Bahaya boleh X saya beli ubat gugur jika Hamil …saya dah 43 thn
Q

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala benjolan di perut anda dan risau jika anda hamil. anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda.
Antaranya:
- Penghasilan absess pada ruangan usus
- Kanser usus
- Penyakit keradangan usus
- Penghasilan sista dalam ruangan usus
- Diverticular disease
- Ketumbuhan polip dalam usus ( Familial Adenomatous Polyposis ) yang berisiko tinggi untuk menghidap kanser usus.
Berikut adalah tanda-tanda yang mungkin anda mengalami jika anda hamil :
- Haid lewat atau tidak datang haid
- Mual, loya atau muntah
- Saiz payudara membesar dan payudara menjadi lebih sensitif
- Kerap kencing
- Perubahan selera makan
Namun begitu tanda ini adalah tidak spesifik dan boleh disebabkan perkara lain. Lakukan ujian kehamilan untuk mengetahui status kehamilan anda.
Anda juga tidak disarankan untuk mengambil produk sumplement, ubat atau jamu tanpa merujuk kepada doktor.
Menggugurkan kandungan adalah salah melainkan jika berisiko seperti melibatkan nyawa ibu.
Anda tidak disarankan untuk mengambil ubat menggugurkan kandungan terutamanya jika dilakukan sendiri kerana boleh membahayakan nyawa anda kerana risiko seperti jangkitan dan kehilangan darah.
Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami dan berunding tentang pengambilan ubat gugur kandungan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan