
Anonymous
4 tahun
Ubat tahan sakit untuk sakit gigi
Apa beza pontalon dan paracetamol?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,pontalon dan paracetamol adalah ubat penahan sakit atau pain killer,yang mampu menghilangkan sakit ringan atau sakit sedikit teruk yang tertentu disahkan oleh doktor.Kedua dua ubat mengandungi bahan kimia yang berbeza yang telah ditetapkan mengikut piawaian tertentu.
Berbeza dengan ubat panadol,ubat pontalon, walaupun sering kali digunakan secara meluas untuk melegakan rasa sakit namun terdapat beberapa golongan yang direkomenkan tidak mengambil ubat ini kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan dengan lebih teruk. Selain itu,kesan sampingan bagi ubat panadol agak sedikit berbanding dengan ubat penahan sakit yang lain.
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih