
Sulit
4 tahun
Urutan selepas bersalin ceaser
Hi doktor. Saya ingin tanya, jika saya bersalin secara ceaser, adakah boleh dapatkan urutan selepas bersalin dan juga bertungku? Lagi satu, normal ke selepas ceaser sakit di bahagian perut (kawasan atas tempat ceaser) dan normally range berapa lama akan merasai kesakitan itu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Memandangkan terdapat beberapa kriteria untuk melakukan persalinan caesarean secara elektif (optional), saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital daerah atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan yang berkesinambungan dan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang pakar persalinan.
Urutan selepas bersalin (caesarean) biasanya perlu ditangguh sehingga pemulihan penuh telah dicapai, agar kita dapat mengelakkan dari kesan sampingan yang tidak diingini atau gangguan terhadap proses pemulihan (selepas operasi major).
Jangka masa, jarak dan kadar kesakitan selepas persalinan caesarean adalah berbeza dari individu ke individu yang lain, namun secara umumnya pemulihan dari operasi tersebut memakan waktu dari 4 hingga 6 minggu.
Justeru, anda juga perlu berbincang dengan doktor kehamilan anda untuk mendapatkan penjelasan terhadap indikasi, manfaat dan risiko rawatan sebelum, semasa dan selepas persalinan caesarean (yang lebih lanjut) sesuai kondisi kehamilan anda saat ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.