
Sulit
3 tahun
Usia Kandungan 22 minggu baby start mengeras dan kuat menendang
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Saya wanita hamil anak yang ke-3… pada usia kandungan 2 bulan, perut saya membesar dengan ketara seperti sudah 7 bulan. Kini usia kandungan saya sudah 5 bulan (22 minggu).
Yang menjadi kebimbangan saya ialah, baby dalam perut kuat menendang hingga perut jelas nampak bergerak dan baby suka mengeras. Perut saya jadi sakit bila dia mengeras seperti rasa contraction nak bersalin . Adakah ia normal pada usia kandungan 22 minggu? Kini perut saya nampak seperti sudah 8-9 bulan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Bayi kembar
- Oligohidramnion
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.