
Sulit
4 tahun
Vagina mengeluarkan lendir bercampur darah
Baru baru ni saya dan suami saya bersama (memasukkan zakar buat kali pertama) dan kemaluan saya terasa amat sakit, selepas cuba kali kedua juga masih sakit dan mmbuat keputusan untuk tidak meneruskan. Setelah selesai, saya mendapati ada lendiran bercampur darah. Ianya berlarutan beberapa hari dgn keputihan yg bercampur darah. Dan setelah itu kembali normal, kemaluan saya juga beransur pulih. Kami pun melakukan lagi hubungan tersebut,tetapi kenapa kemaluan saya skait setiap kali ingin memasukkan kemaluan suami saya? Dan selepas itu keputihan saya juga bercampur darah beberapa hari dan juga berbau. Saya buntu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan spotting yang keluar bersama lendir. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Pendarahan kehamilan
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Tentang hubungan intim yang sakit, anda boleh cuba gunakan pelincir ketika melakukan hubungan. Sekiranya masih ragu, sila dapatkan nasihat pakar di klinik.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih