
Sulit
4 tahun
Ada kemungkinan pregnant bila perut asyik senak. Check upt negative
Hi sy berusia 25 tahun . Sejak akhir2 ni perut saya selalu kembung pingang pun lenguh. Sy dah bnyak kali buat upt tp semua hasil. Negative. Ada kemungkinan ke sy pregnant? Seblum ni mmg period sy tak teratur. Kalau ikutkan app period sy dah 4 hari delay. Skrg Kadang2 perut sy rasa mcm senak. Hrp doc boleh bg jwpan kat sy ya. Ada kemungkinan pregnant ke wlaupum upt negative

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom awal kehamilan adalah seperti:
- Haid lewat
- mual, loya atau muntah
- Saiz payudara besar dan payudara sensitif
- Kerap kencing
- Deria bau lebih sensitif
- Pendarahan spotting
- Keputihan
- Perubahan selera makan atau mengidam
- Keletihan
Simptom-simptom yang dinyatakan di atas boleh juga dialami dalam waktu pra-menstruasi. UPT pula boleh memberikan keputusan negatif jika terlalu awal dalam fasa kehamilan atau apabila bacaan hormon kehamilan terlalu tinggi/rendah. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya haid anda masih tidak datang dalam masa 2 minggu. DI klinik. doktor boleh membuat ujian air kencing dan imbasan utrasound. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.