Sulit
3 tahun
Adakah gigi yang tidak rata boleh menyebabkan kengiluan?
Hi doc, saya mempunyai sebatang gigi kacip bahgian bawah yang tidak rata. Sejak beberapa hari ini saya merasakan ngilu yang sngt kuat pada gigi tersebut. Adakah struktur gigi yang tidak rata menyebabkan kengiluan? Jika ya, apakah tindakan yang harus saya lakukan?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa gigi kacip anda kini terasa ngilu. Anda kini ingin mengetahui jika ia sesuatu yang serius serta perkara yang perlu anda lakukan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, perasaan ngilu pada gigi boleh menandakan kecederaan pada gusi, saraf atau salur darah. Ia juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian anda. Bagi mengawal sebarang kesakitan buat sementara wakut, kami sarankan agar mengenakan air suam, ais atau mengambil ubat tahan sakit.
Kami sarankan agar anda merujuk perkara ini kepada doktor. Kerana tanpa sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan yang tepat. Anda boleh hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.