
Sulit
4 tahun
Berak berdarah berserta sakit dibahagian perut kiri
Salam doktor, saya nak tanya mengenai berak berdarah. Semalam saya membuang air besar dan najis saya cair cuma takda berdarah. Tapi hari ini, saya membuang air besar bercampur dengan darah. 3 kali hari ini saya buang air besar bercampur darah. Dan sakit di dubur saya selepas membuang air besar. Perut kiri saya pon terasa sakit. Boleh jelaskan tak doktor mengenai sakit saya. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Gejala anda boleh disebabkan oleh banyak punca antaranya buasir, polip, kanser usus dan sebagainya. Buasir(Hemorrhoids) , yang biasanya dikenali sebagai “piles”, adalah saluran darah yang bengkak di dalam atau di sekitar dubur dan rektum. Punca-punca buasir adalah:
- Pemakanan serat rendah
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Cirit-birit yang akut atau kronik
Terdapat beberapa petua untuk merawat buasir.
- Mandi sitz (tetapi tidak panas) adalah terapi tradisional untuk buasir: duduk di dalam air suam selama 15 minit , beberapa kali sehari, terutamanya selepas membuang najis.
- Ubat tahan sakit seperti paracetamol, boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh buasir. Produk dengan anestetik tempatan boleh dipakai untuk merawat buasir yang menyakitkan.
- Jika anda sembelit, penggunaan julap mungkin diperlukan tetapi anda harus berjumpa dengan doktor untuk memastikan keperluannya.
- Jika anda wanita yang hamil, bincangkan apa-apa rawatan dengan doktor anda termasuk perubahan diet.
Untuk rawatan lanjut, pemeriksaan dan maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan. Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.