Sulit
3 tahun
Berak berdarah dua kali dalam masa lima hari
Saya berumur 24 tahun. Saya mengalami berak berdarah. Setakat ini saya dua kali sudah saya berak berdarah dalam masa 5 hari. Darah yang keluar berwarna merah terang. Najis saya pada mulanya keras dan berasa pedih di kawasan anus semasa membuang air besar. darah yang keluar tidak berpanjangan. cuma beberapa titik darah merah kemudian tiada lagi. Apakah penyakit saya ini? apakah rawatan yang saya perlu lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda yang mengalami berak berdarah. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keadaan yang anda alami sekarang boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Saya tidak boleh memberi satu diagnosis tanpa menjalankan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh.
Antara faktor yang boleh meyebabkan berak berdarah adalah seperti berikut:
- Penyakit divertikular (diverticular disease)
- Angiodisplasia (angiodysplasia)
- Keradangan usus besar (colitis)
- Tumor di usus besar
Saya menasihatkan anda supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Sekiranya anda mengalami kepenatan, kepeningan atau aktiviti seharian anda terganggu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan masalah yang lebih serius. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatang yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.