Sulit
3 tahun
Cecair seperti period keluar lepas buang air besar
Saya remaja… Saya buang air Besar tak sakit perut semua okay tapi ade keluar cecair macam period merah cair lepas buang air besar dah 3 Hari tak berturut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami najis bersama cecair seperti darah baru-baru ini. Situasi ini telah berlaku 3 kali namun tidak berturut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan gejala anda. Contohnya adalah:
- Buasir
- Penyakit Crohn’s
- Ulcerative collitis
- Fisura anus
- Jangkitan usus
- Masalah pendarahan
- Kesan sampingan ubat
Berikut merupakan senarai umum penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis yang tepat kerana tiada sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.