ladylelyna
2 tahun
Di cakar kucing ketika mengandung
Sy seorg bakal ibu berusia 34tahun dan sekarang di awal pregnancy bayi sulong. Di sini sy mohon bertanya Dr, apa yg perlu sy buat sekarang? Selepas dicakar sy basuh luka tersebut dgn air panas dan ada darah mengalir sikit2, kemudian sapu minyak gamat. Sy risaukan cakaran ni terhadap kandungan sy. Mohon penjelasan Dr
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kesan buruk apabila kena cakar dari kucing
- Jangkitan parasit
- Masalah kesihatan bayi dalam kandungan
- Masalah kesihatan bayi selepas dilahirkan
- Keguguran
- Kematian bayi
Ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi. Kalau dah disahkan, ada rawatan susulan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko parasit tersebut.Ubat khusus juga akan diberi sekiranya bayi disyaki telah dijangkiti, dan rawatan ini diteruskan ke atas bayi hinggalah selepas dilahirkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.