
Sulit
3 tahun
Gigi geraham berlubang
Salam… Apakah kesan sampingan jika gigi geraham yang berlubang di biarkan sakit? Perlukah saya mendapatkan rawatan pergigian. Apa langkah perlu saya lakukan? Harap dapat beri penjelasan.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh berlaku, seperti:
- Jangkitan gusi
- Nanah gusi (gum abscess)
- Nanah pada bahagian gigi yang berlubang
- Sukar untuk mengunyah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian segera kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan proses makan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ia juga boleh berpunca dari masalah lain yang tidak disebutkan di atas.
Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.