
Sulit
4 tahun
Kesan minum air kelapa pada awal kehamilan
Hi doctor. Kandungan saya br 3 minggu. Semalam saya ada minum air kelapa ada kesan buruk tak terjadi pada kandungan saya ? Org kata tak elok minum pada awal kehamilan ? Harap doc dpt membantu saya secepat mungkin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang ditujukan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan tentang kehamilan anda.
Umumnya, air kelapa tidak membahayakan sebahagian besar wanita hamil. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan minum air kelapa boleh membawa pelbagai risiko kesihatan. Namun, ia harus diambil dalam jumlah yang sederhana kerana air kelapa boleh menurunkan tekanan darah. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor sebelum meminumnya sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah dan perlu diingat bahawa air kelapa dari buah yang yang sudah masak boleh meletakkan anda pada risiko sembelit.
Untuk makluman anda, air kelapa juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral semula jadi. Masa terbaik untuk minum air kelapa ialah di awal pagi. Minum air kelapa semasa trimester pertama boleh menyelamatkan wanita hamil daripada dehidrasi yang disebabkan oleh mabuk hamil.
Air kelapa adalah minuman bebas kolesterol. Manfaat kesihatan air kelapa untuk wanita hamil adalah sangat banyak. Antaranya ialah:
- Dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh ibu hamil (kerana kaya dengan antioksidan)
- Mempunyai elektrolit yang diperlukan untuk mencegah dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit dan muntah, dua gejala morning sickness
- Diuretik semula jadi, membuang toksin dan membersihkan saluran kencing.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih