Sulit
3 tahun
Ketuat pada area lubang anus dan macam mana cara mengubatinya dan apa ubat yang sesuai untuk ketuat pada lubang anus
Doc apa ubat yang sesuai untuk mengubati ketuat yang ada pada area lubang anus, baru baru ni saya mendapati bahwa pada area lubang anus ada macam benjolan kecil dan saya terus search dekat google dan itu semacam jenis ketuat kelamin, saya minata bantuannya dic tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ketuat yang dimaksudkan oleh anda adalah terlalu umum.
Ruam atau ketuat di bahagian kelamin boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases) seperti gonorea dan sifilis
- Jangkitan pada kulit di sekitar kawasan kemaluan dan kemaluan
- Jangkitan human papilloma virus (HPV)
Selain itu, pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dilakukan supaya rawatan yang diberikan dapat mengubati ketuat dan gejala yang dialami oleh anda. Rawatan bagi setiap ruam dan ketuat di bahagian kelamin juga berbeza. Oleh itu, kami tidak dapat mengesyorkan sebarang jenis ubatan tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.