
noorfaez
5 tahun
Masalah pedih ulu hati
Assalam dr, sy wanita hamil 13 minggu, sekarang kerap ada masalah angin dan pedih ulu hati selepas makan… saya ada dapat ubat gastrik dari klinik, tp masslah pedih ulu hati tak dpt diatasi dengan ubat tersebut, bolehkah wanita hamil sepertj saya mengambil Gaviscone untuk masalah pedih ulu hati

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Merujuk kepada keluhan anda, harus diketahui bahawa sebanyak lebih 50% ibu mengandung mempunyai keluhan yang sama pada trimester pertama kehamilan. Hal ini terjadi kerana seiring dengan pembesaran rahim pada kehamilan, tekanan dalam perut juga bertambah sehingga menolak perut dan esofagus keatas. Maka, asid dan isi perut juga akan tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung.
Terdapat ubatan seperti Gaviscon biasanya digunakan untuk merawat masalah pedih ulu hati dan indigestion untuk mengatasi asid perut yang naik. Ubat Gaviscon melegakan pedih ulu hati dan masalah pencernaan asid. Gaviscon boleh diambil oleh wanita yang hamil mahupun yang menyusukan. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala dibawah, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih