Sulit
3 tahun
Sakit gigi geraham bongsu
hai doc… sy baru lepas bersalin 2 minggu dan saya sakit gigi geraham bongsu belah kiri yang teramat sangat… masa mengandung lagi dah sakit tapi lepas bersalin lubang makin membesar… saya nak cabut tak tertanggung lagi sakit… sekarang saya bergantung dengan ubat tahan sakit sahaja jika kesan ubat tu hilang sakit tu akan datang menyerang tanpa henti
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di gigi geraham. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya sakit gigi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- gigi berlubang
- jangkitan kuman
- kerosakan akar gigi
- trauma gigi & gusi
- atau gangguan yang lain
Namun sila segera ke klinik atau pusat rawatan gigi yang terdekat sekiranya anda mengalami
- sakit gigi/gusi/rahang/mulut yang teramat
- perdarahan atau pembengkakan gigi atau gusi
- tanda-tanda jangkitan atau inflamasi yang lain
Buat sementara waktu anda disarankan untuk
- Amalkan penjagaan mulut, gigi atau gusi yang sihat dan bersih
- Menggunakan pencuci mulut sebagai kaedah tambahan
- Jauhi pemakanan yang keras dan liat buat sementara waktu
- Menggurangkan penggunaan bahagaian gigi yang sakit
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut dan gusi yang kering
- Jauhi asap rokok kerana perkara ini menyumbang kepada kesihatan gigi atau gusi
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.