Sulit
3 tahun
Sakit gigi geraham yang berterusan selepas tampal gigi
Hello, 3 minggu yang lepas saya ada pergi tampal gigi geraham di klinik gigi. But after tampal gigi, gigi saya masih sakit terutama waktu mengunyah makanan dan berlarutan selama minggu. After one week, saya pergi jumpa dokter gigi balik and dokter tu dia rendahkan tampalan sikit dan bagi ubat antibiotik. Tapi after 2 weeks, sampai sekarang gigi masih sakit dan sukar untuk mengunyah makanan. Saya perasan gigi saya yg kena tampal tu bergoyang dan sehingga mengalami radang gusi. Apakah saya harus cabut gigi geraham tersebut? sebab saya tak sanggup menahan sakit gigi ni lagi…and rawatan akar gigi is too pricey for me…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan dia atas, kami memahami bahawa anda mengalami sejarah tampalan gigi. Kini gigi anda mengalami komplikasi beserta radang gusi dan sakit yang teruk. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, proses penampalan sememangnya boleh terkena komplikasi. Antaranya adalah:
- jangkitan
- kerosakan pada bahan tampalan
Akibat daripada komplikasi tersebut, pesakit akan mengalami simptom seperti anda nyatakan. Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor gigi. Anda boleh mendapatkan rawatan dengan harga berpatutan di hospital kerajaan. Sila bawa ubat serta x-ray gigi anda ketika janjitemu tersebut.
Bagi maklumat tambahan, anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.