
Sulit
3 tahun
Suami hisap susu sebelum beranak
Saya sekarang sedang hamil 7 bulan anak pertama dan dah ade susu, suami saya hisap puting dan keluar susu. Boleh ke doktor? Ade kesan pada bayi tak?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, perkara ini tidak akan memberikan kesan yang buruk pada bayi anda. Namun terdapat beberapa keadaan di mana perkara ini tidak disarankan seperti:
- Anda tidak rasa selesa
- Sakit payudara
- Anda atau pasangan anda mempunyai penyakit yang berjangkit
- Anda mengandung anak kembar atau pernah mempunyai sejarah keguguran kerana stimulasi pada payudara boleh menyebabkan kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang jika anda adalah kategori berisiko tinggi
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.