
norsabirrah5896
3 tahun
Berat badan naik 3kg+ dalam masa sebulan
saya hamil 26minggu, bagaimana untuk mengawal berat badan secara sihat? sekarang berat badan sy 66kg. Dan boleh terangkan punca adanya kencing manis ketika hamil walaupun sebelum hamil tiada sejarah kencing manis?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda penambahan berat badan yang normal untuk wanita hamil adalah berdasarkan BMI sebelum hamil mereka. Untuk mereka yang mempunyai BMI sebelum hamil yang sihat (18.5-24.9), berat badan tambahan normal adalah 11 sehingga 15 kg.
Semasa hamil, pelbagai jenis hormon dihasilkan dalam tubuh badan contohnya estrogen, progesteron dan “human placental lactogen” dan lain-lain lagi. Oleh itu, wanita hamil berisiko untuk mengalami kencing manis disebabkan hormon tersebut menurunkan tahap responsif sel badan terhadap hormon insulin yang mengawal kadar gula dalam darah.
Untuk menentukan sama ada wanita hamil akan mengalami kencing manis sementara atau secara kekal, pihak doktor akan terus menjalankan ujian saringan selepas kelahiran bayi untuk 6 minggu. Hal ini demikian kerana, hormon badan yang meningkat semasa kehamilan akan mula menurun secara progresif dan pulih.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.