
Sulit
4 tahun
Bintik kecil di atas bibir
Salam Dr. Terdapat bintik-bintik di permukaan bibir atas sy. Kecil dan tidak ketara. Tidak menyakitkan dan tidak gatal tapi menimbulkan ketidakselesaan kepada sy kerana khuatir bintik tu akan timbul dengan banyak. Boleh tahu apa punca dan solusinya Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan bagi pihak kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali sekiranya masalah tersebut bertambah parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.