
Sulit
3 tahun
Bintik2 kecil gatal di kaki & tangan
Di celah jari kaki, kulit saya menggelupas & timbul bintik bintik kecil, seperti ada air didalam nya. Tapi, bintik2 itu gatal, dan sepertinya ia merebak ke kawasan lain. Sekarang, bintik2 itu juga timbul di tapak tangan, celah jari tangan, di sekeliling kuku kaki. Ia tidak pedih, tetapi gatal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kegatalan dan bintik-bintik kecil dicelah kaki dan tangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- kulit kering
- jangkitan kuman pada kulit
- dermatitis kontak atau ekzema
- ruam panas
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta rawatannya. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!