Sulit
3 tahun
Gigi geraham bongsu
Saya student perempuan umur 17 , ada gigi geraham bongsu tumbuh and kadang- kadang sakitla juga terutama waktu makan and bercakap but if tak bukak mulut pon still sakit. Ada cara ke nak hilangkan rasa sakit? Or saya kena buang gigi ni? Dan dalam tempoh berapa lama biasanya rasa sakit ni?
Thank you for your response:pray:t2:
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gigi geraham tumbuh dihadapi oleh setiap orang, sesetengah akan mengalami gejala seperti sakit sebab:
- tumbuh gigi akan merengsakan gusi menyebabkan sakit
- ruang terhad untuk gigi tumbuh
- Impacted tooth
- jangkitan gusi
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala sakit anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Jadi, rancangan rawatan yang paling sesuai dapat dibincangkan.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor gigi dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.