
Sulit
4 tahun
Gigi geraham Yang dibelah Dan dijahit
Saya seorang wanita 25tahun… pada 25/3/21 saya ada cabut gigi geraham ,gigi geraham saya terpaksa dibelah gusi Dan jahit sbb trlalu susah untuk dicabut…tpi hri ni hari 3 saya mncabut Gigi,sy terasa ad macam isi goyang2 dekat tempat jahit tu… adakan itu akak atau isi ? Sy rasa tidak selesa untuk bercakap Dan makan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya, kelainan yang anda rasakan itu boleh terkait dengan:
- bahagian gusi yang tidak lagi di isi dengan lapisan gigi, sementara melalui proses pengecilan
- sisa serpihan gigi yang akan keluar dengan sendirinya
- penumpukan dari pembekuan darah
- benda asing yang perlu diberi perhatian atau bantuan doktor
Atau ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza.
Namun sekiranya gejala berterusan atau diiringi kesakitan, anda disarankan berjumpa doktor dengan kadar segera.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca kelainan yang sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).