
Anonymous
5 tahun
Keputihan ibu mengandung jenis gbs
saya mengandung trimester kedua (6 bulan) keputihan mula berlaku semasa saya memasuki kandungan 4 bulan . keputihan yang dialami oleh saya jenis cecair kekuningan yang seakan nak kearah kehijau hijauan disertakan dengan masalah kegatalan di kawasan vagina.doc ade bagi ubat pessari (ubat insert) melalui vagina sebanyak 2 kali saya cube menggunakan ubat tu. pada kali pertama sy cuba ,masih sama keadaan keputihan tu dan kali kedua menggunakan ubat pessari itu keputihan semakin berkurang sehingga hilang dan bertukar kepada cecair putih kental berbiji becampor dgn cecair jernih.beberapa minggu selepas itu masalah keputihan kembali lagi tetapi kali ni cecair agak kekuningan cerah ,berbau dan tidak gatal di area vagina. doc ade bagi ubat pil antibiotik jenis erythromycin tetapi saya tidak makan ubat tu sebab sy ragu ragu adakah selamat dimakan ketika hamil . ada pendapat mengatakan yang ubat sejenis antibiotik tidak bole dimakan ketika hamil kerana dikhuatiri dapat memberi kesan buruk pada kandungan.semasa sy ada masalah keputihan doc ade mengambil sampel keputihan dan sy didapati terkena jangkitan gbs (streptococcus) dan candida albican.soalan saya ,bolehkah saya makan ubat antibiotik erythromycin tu yg diconsult oleh doc? adakah antibiotik sejenis ini selamat diamalkan ketika mengandung terutama pada usia kandungan saya yang dah 6 bulan ini? berapa biji ubat antibiotik erythromycin ini perlu diambil untuk sehari? harap doc dapat menjawab persoalan saya ini. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, Erythromycin adalah salah satu antibiotik yang dikira selamat untuk diambil oleh wanita mengandung. Dos pula bergantung kepada jenis jangkitan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.