
Sulit
5 tahun
Sakit gigi adakah boleh ambil paracetamol untuk kurangkan sakit gigi
Saya mengalami sakit gigi adakah saya boleh mengambil paracetamol untuk mengurangkan kesakitan gigi saya nini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda boleh mencuba ubat paracetamol untuk mengurngkan rasa sakit gigi anda.
Namun begitu, amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor gigi bagi mengetahui sebab sebenar sakit gigi anda dan seterusnya medapatkan rawatang yang sesuai. Hal ini kerana ubat panadol hanya merawat gejala tetapi bukan punca sakit tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.